This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.


Pusat Islam,
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

email : pu_psis@hotmail.com

03 August 2011

Bermulanya 'Belaian' Ramadan..




Sekian lama, blog ini tidak terisi.
Harap dimaafkan buat para pembaca blog yang saban hari sudi
ziarah dan mengambil manfaat dari setiap pengisian
yang dikongsikan di sini.

(:
Dengan ini,
pihak Pusat Islam dan Rakan Pusat Islam sendiri,
ingin mengucapkan
Selamat berPuasa kepada semua muslimin wal muslimat.
Selamat Berpuasa Jasadi dan Lahiri.
Selamat Berpuasa daripada perkara mazmumah [kalau boleh
sampai bila bila kita puasa darinya]
Selamat Berpuasa sebenar benarnya kepadaNya [bukan puasa
yang yok !]
Selamat Berpuasa tuk raih tingkatan TAQWA seorang hamba.

selamat beramal semua !

(:

24 November 2010

Selamat atas segalanya

Ucaptamanya , saya mewakili Rakan Pusat Islam mengucapkan :-

"Selamat Menerima Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2010"

"Selamat Kembali kepada Para Pelajar yang sudah selesai menjalani Latihan Industri"

"Selamat Berjaya buat pelajar yang akan menjalani Latihan Industri"

dan

"Selamat Datang dan Kembali ke POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
sesi Disember 2010 buat pelajar baru dan pelajar senior"


Di sini , saya selitkan kata-kata semangat untuk kita renung bersama ,sebagai "booster" di semester yang baru ini .


:: Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar ::

-Saidina Ali Abi Talib r.a-


:: Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain ::

-Alias Haji Muda-


:: Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah

seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi ::

-Bestari-


:: Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak

suka mengambil tahu walaupun satu perkara ::

-Pujangga-


:: Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

-Pujangga-


:: Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana ::

-Pujangga-


:: Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan,

dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil,

mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik,

maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

-Pujangga-


dari : Nur Syafiqah Ismail


Budaya COUPLING


Mutakhir ini , saya dikejutkan dengan ramainya sahabat2 kita mula terjebak dengan gejala "COUPLE" . Tidak pasti saya untuk menamakan ia sebagai GEJALA mahupun JENAYAH. Bercouple itu sendiri menyalahi hukum undang2 islam sendiri . Kita diajar supaya menjaga setiap batasan kita dengan kaum yang bukan sejenis.

LARANGAN BERCINTA SEBELUM NIKAH

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai KECUALI NIKAH .”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu , mungkin ini bisa menjadi motivasi dan ransangan buat
sahabat2 yang teringin bercouple ,mahupun sudah bercouple .

Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan,
maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja ‘medium’
yang bertentangan dengan kehendakAllah.
Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melaggar syariat.
Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa,
untuk mentaati Allah s.w.t..Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan,
tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa.
Menunggu saat bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawabmasing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masatanpa arah tujuan. Atau ada air mata yangdialirkan sebab-sebab yangmurahan.Tidak payah bersentuhan tangan,kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah s.w.t..


Sumber : facebook
dari : Nur syafiqah ismail

04 October 2010

Program Permata Ukhuwah (9 - 10 Oktober 2010)

ASSALAMMUALAIKUM
Perhatian kepada semua ahli Rakan Pusat Islam bagi sesi Jun 2010, satu program Permata Ukhuwah anjuran mantan Pusat Islam akan diadakan di Pusat Islam, Politeknik Sultan Idris Shah. Kehadiran diutamakan kepada ahli Rakan Pusat Islam. Untuk maklumat lanjut, kunjungi link yang telah disediakan.





 

09 August 2010

Beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H di PSIS


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Bersempena dengan bulan yang penuh keberkatan, Rakan Pusat Islam akan menganjurkan beberapa aktiviti di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam antaranya Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Ta'lim, Qiamullail & Qiamullail Perdana, Kuiz Inter-Blok, Majlis Khatam Al-Quran, Ceramah Perdana, Tazkirah Ringkas, dan Kuliah Subuh Perdana. Mari bersama-sama merebut peluang keemasan dan ganjaran pahala yang tinggi di bulan Ramadhan. Harap maklum..


"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan pengharapan, nescaya ia diampuni dosa-dosanya yang lalu."
(Hadith Muttafaq 'Alaih)

02 August 2010

Kesihatan Menurut Islam

Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..

Sabda Nabi s.a.w :
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari )

dan sabda nabi lagi:
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.
( Hadis Riwayat Muslim )

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:

"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat. Sabda nabi s.a.w :

"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam satu peristiwa, orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?. Maka sabda nabi : Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja. Maka mereka bertanya lagi, apakah penyakit itu? Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua" (Hadis Riwayat Ahmad)

Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bagi penyakit yang belum ditemui lagi. Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba.

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini (perubatan) berdasarkan sabda nabi :  

"Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku" 
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)